Baru-baru ini ada seorang kenalan memberitahu saya bahawa blog saya ini kurang menarik. Katanya, blog ini terlalu ’straightforward’ dan kekurangan ‘oomph’, tidak seperti blogger lain yang terkenal dengan kelantangan mereka tentang isu-isu yang menarik.
Lalu saya pun bercadang untuk meningkatkan mutu blog saya ini. Tetapi, saya berhenti sejenak dan berfikir. Adakah patut saya mengikut ekor blogger-blogger lain yang sering saja memasuki elemen-elemen ’sarcasm’ ke dalam blog yang ditulis?
Adakah hidup kita ini akan menjadi lebih ‘eventful’ jika kita menertawakan kedukaan dan kesusahan orang lain? Bukan begitu, saya fikir. Sebenarnya, saya telah pun bersedia untuk ditertawakan oleh sahabat akrab dan ahli keluarga kerana menulis dalam bahasa kebangsaan. Tetapi saya tegas ingin cuba menulis dalam Bahasa Malaysia, bukan kerana saya suka ditertawakan, tetapi kerana saya bilang blog ini akan melahirkan ‘feel’ yang saya ingin jika ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Lagipun, kebelakangan ini, saya memang berhasrat untuk membuat sesuatu yang lebih luarbiasa, ‘out-of-the-box’. Jadi saya fikir, jika menulis blog dalam bahasa kebangsaan, kiranya luar biasa juga ya?
Tapi sejurus selepas saya membaca semula blog ini, saya pun tidak boleh menahan impuls untuk ketawa kuat-kuat! Bunyinya memang pelik kalau ditulis dalam bahasa kebangsaan ya? Tetapi tidak mengapa, biarlah mereka ketawa!